Search results: 1324
Kursus ini bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran pedagogi pengajaran dan pembelajaran. Topik yang dibincangkan adalah berkaitan dengan model, pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran; konsep Pembelajaran Abad Ke 21 (PAK21), pentaksiran, pengajaran mikro (microteaching) dan pengurusan bilik darjah. Perbincangan kelas dan tugasan berfokus kepada perancangan dan pelaksanaan dalam konteks PAK21. Selain itu, aplikasi pengetahuan dan kemahiran pengajaran dalam sesi pengajaran mikro juga membantu praktis sebagai persediaan menghadapi situasi sebenar. Kursus ini juga melatih pelajar membina keyakinan diri, semangat bekerjasama, berfikiran kritis dan kreatif serta berkomunikasi secara efektif melalui orientasi pengajaran berasaskan projek.